Monday, September 26, 2011
melawan gravity
Tuesday, August 23, 2011
mencari malam LAILATULQADAR
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)
[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim)
Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah:
- Lailatul Qadar adalah Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
- Pada malam Lailatul Qadar Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
- Pada malam Lailatul Qadar juga Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
- Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
- Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa.
Pada malam Lailatul Qadar ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.
senang jer kita nak 'cuba' mendapatkan malam lailatulqadar.. selalu bersahur kul 5.. lepas ni kita kunci jam atau pesan dekat mak supaya kejutkan kita awal sikit dalam pukul 4.30. bangun jer dari tidur terus ambil wuduk dan solat sunat.. banyakkan berdoa dan yakin dengan hati bahawa Allah akan berikan malam tersebut kepada kita. InsyaAllah..
malam tersebut merupakan malam yang amat tenang, maka harus diingatkan bahawa pada malam ni ramai juga yang terlanjur tidur dan melupakan malam lailatuqadar.
tetibe termotivasi disamping kapcai
Monday, August 22, 2011
rindunya belog ku..
sebenarnya aku rindu nak meng update belog aku ni ha. lama sangat da tersadai. kadang-kadang bila lihat belong orang, mula la hati ku sayu mengenangkan nasib belog ku yang mendapat tuan seperti ku yang malas nak meng up date.. haha. actually aku da terminated wifi aku.. panas hati dengan miwax tu, tetiba lak area rumah ni xdapat coverage internet.. haissshhhh.....
tengah sedap duduk termenung di atas mangkuk tandas tadi sambil menunggu hajat selesai, entah apa ke gila, aku terdetik untuk meng update belog balik... hhoho.. bukn apa, belog aku ni aku jadikan sebangai medium untuk share something yang good-good untuk kawan-kawan dan untuk mengingatkan diri sendiri juga...
esok last paper ku bagi mid term exam, habis jer paper, aku terus pulas miyak motor dan terus menuju ke petaling jaya.. buat julung kalinya aku balik setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halaman selama sebulan seteng.. huhu..
lepas ni boleh la relax sikit di rumah sambil mencari bahan untuk di update dalam belog.. insya-Allah...
Tuesday, April 26, 2011
BERIADAH MAIN REDAH
aper punya bala la sem ni kehidupan macam apa ntah.. aihh.. tak terkata teruknya sem ni... lepas satu-satu musibah menimpa diri pok cik.. the latest musibah ialah berkait rapat dengan pensyarah.. ia, memang tak baik kutuk pensyarah.. i tak kutuk pun, tapi ini la rintihan hati... i hampir 80% tak faham apa yang belajar didalam kelas!!! bila nak bertanya, kena marah.. huhuhu.. i tak kesah pun kalau tak score pada sem ni, tapi apa yang i risau kalau kena repeat paper sem depan atau lebih mendebarkan extand sem.. wakkkduihhh, apo keno ehjang!! bebal sangat otak ni..
kalau kita tengah down macam ni, tak kan kita bak teruskan ke'BENGGONG'gan menguasai diri.. nak tak nak, i kena reborn balik... kena tarik nafas dalam-dalam lepas tu kentut... peh, best jer kan?.. i kena mandi bunga bagi muka yang 24jam monyok , biar naik seri sikit muka ni.. firstly i kena la happy kan diri dulu, baru ada mood nak study.. bukan senang nak catch-up balik topik-topik yang dah banyak tertinggal tu..
so i decided, jom pergi berkelah dulu!! releasekan tension yang terpendam dalam kepala hotak bersawang ni...
yang jadi masalah nyer, every weekend i pergi berkelah,tapi buku tetap belum buka lagi.. ni yang menjadi masalah besar ni... bala-bala~~~ (mak limah balik rumah version)
Friday, April 8, 2011
ANUGERAH DEKAN
aper itu anugerah dekan yer??? ok, i tanya, then i jawab balik okey.. anugerah dekan tu adalah anugerah yang diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi setiap semeter.. pelajar cemerlang itu meti mendapatkan pointer 3.5 dan keatas bagi semester tersebut..
baru-baru ini i pergi la satu majlis makan malam sempena menyambut budak-budak dekan, eh eh, jap yer... what?? i pergi majlis dekan?? haha. macam tak percaya jer kan?? iyeer, i tahu.. ramai yang tak dapat terima kenyataan yang i dapat anugerah dekan.. arif? pelajar yang paling malas masa sekolah dulu.. masuk sekolah pukul 8pagi, balik sekolah seksuka hati.. rasa boring jer, terus balik rumah.. nama jer kelas pertama time sekolah dulu, tapi perangai macam budak kelas akhir.. malah budak kelas akhir tu lebih mulia perangai daripada perangai i.. dalam kelas, asyik tidur jer.. perangai tidur dalam kelas ni memang i bawa sehingga ke alam kolej.. hihi..memang tabiat, nak buat macam mana.. tidur tu lebih baik daripada buat bising kan?..
tujuan i tulis entri kali ini bukanlah untuk bangga diri.. i just nak share rasa gembira dengan u all bagaimana rasanya dapat anugerah dekan.. dengan harapan dapat meningkatkan semangat u all dalam pembelajaran and dapat anugerah dekan..
kadang-kadang i pun tidak sangka yang i dapat anugerah dekan, sebab i tahu macam mana perangai i.. kalau bab nak buka buku untuk baca, memang i terus pejam mata.. i allergic sikit dengan buku-buku ni.. rasa nak demam kalau nampak buku, nak pulak buku bahasa melayu yang tebal tu, terus i.c.u dibuatnya..
masa awal sem, i bagi tahu hasrat i dekat kawan baik i yang i nak dapatkan anugerah dekan pada sem ni, tapi kawan i ni memang haprak punya orang, berguling-guling dia gelakkan kan i.. macam i cakap la, tiada siapa pun percaya i dapat dekan. tapi i ignored them.. i percaya diri i mampu lakukan, i yang menentukan diri i, bukanya orang ekeliling yang menetukan i. if i think that i can do, so? dengan berkat doa kepada Tuhan, INSYALLAH kita akan dapat apa yang kita mahukan..
kolej i buat majlis anugerah dekan di VISTANA HOTEL, not bad juga la hotel dia..
5 bintang kot if i not mistaken..
actually masa majlis tu,, tak la menarik sangat program yang disediakan, mungkin sebab MPP yang performed majlis tu majoriti nya muka-muka baru, so, tak kesah sangat la.. tapi apabila kita berada dalam majlis ni, ada satu semangat yang teramat sangat seronok.. yelah, kolej buat majlis untuk meraikan kejayaan kita.. memang happy gila la, padahal baru ambil semeter satu, masuk semester 3, habis tunggang langgang study..
i lepas keluar dari majlis tu, terus cari buku, semangat gila nak belajar.. nak pertahankan dekan.(konon)
tapi entah la, study untuk sem ni, betul-betul down.. silap dia, masa awal sem 2, i banyak main-main and tak ambil serius dalam study.. apa-pa pun, i minta u all buat qiamulail yer.. buat solat hajat banyak-banyak untuk i dpat dekan sepanjang tiga tahun i berada di KPTM ni.. t.q...( tulis blog time 3 pagi, otak da blank)