Wednesday, March 23, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.








salam satu Malaysia.. hari ini i tewas dengan satu cerita hasil karya anak melayu. bila i tengok, meremang bulu satu badan. i boleh dikatakan kaki wayang sebab selama ni i dapat tiket wayang secara free, so, setiap kali cerita baru yang keluar, majoriti i akan pergi tengok dengan adib, member baik i. macam mana i dapat? haha, tu rahsia la kan. kalau semua orang dapat tiket free, bankrup la panggung wayang tu. tapi itu dulu, sekarang belajar di kuantan, nak keluar tengok wayang pun tak ada masa.

hari ini result SPM keluar, so Kolej i dapat cuti sempena result SPM keluar. tak ada kena mengena kan? tapi orang sudah bagi cuti, i terima jelah tanpa banyak bicara. kebetulan pula hari rabu, yang i tahu kalau hari rabu ni tempat tumpuan utama adalah panggung wayang. yang peliknya, wayang di kuantan ni tak ramai orang, tak macam KL, kalau rabu, mengalahkan orang pergi umrah.. penuh satu shoping complex beratur beli tiket wayang.. padahal harga murah seringgit dua jer. adohai.

i pergi tengok wayang dengan kekasih hati yang i sayang bagai nak mati. itulah dia fasha sandha a.k.a l*** s***** ha****. fasha sanda tu nama timangan dia jer.. nama sebenar lain.
gila u, hari ni i tengok cerita melayu. macam tak percaya jer. selama ni kalau nak tengok cerita melayu, memang i tak akan tengok di wayang, lebih rela i tunggu cd cetak rompak keluar. lantak la cerita tu box office bagai nak rak. bukan i tak sokong cerita melayu, cuma cerita melayu kadang kala entah la. malas nak mengata di sini, karang kena saman, sia-sia jer i..( takut juga ni)

tapi i betul-betul tertarik dengan satu cerita hasil arahan KRU crew ni.. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. actually sudah dua kali i nak tengok cerita ni tapi niat terbantut setelah ternampak poster cerita lain. macam i kata lah, kalau cerita melayu ni, i berat sikit nak tengok tapi hikayat merong ni i terdetik nak tengok sebab ibu i sarankan i tengok cerita tu. ibu kata itu cerita sejarah, masa dulu ibu sekolah, ibu belajar sastera tentang cerita tu. i ni pula memang gila sejarah, agak minat juga dengan sejarah walaupun ramai orang kata ianya bosan.. kawan-kawan i majoriti tengok cerita tu sebayak dua kali. gila kau, time SPM paper sejarah failed, tapi tengok cerita sejarah sampai dua kali, babun aper?? ..



subjek sastera time mak bapak kita sekolah dulu. sekarang dia pakai buku apa yer? tak pernah ambil tahu tantang sastera time i sekolah dulu.hehe


di manakah keistimewaan cerita ni??

okey, i mengaku cerita sejarah ni jalan cerita dia biasa jer. xdelah lawak sangat, tak lahseram sangat,tak lah romantik sangat. ceritanya biasa jer. sudah nama pun sejarah, skrip kena ikut buku la, mana boleh nak ubah-ubah ikut suka hati sebab itu semua adalah fakta.

tapi apa yang uniknya hasil kerja anak muda melayu orang ni, daripada segi grafik. peh, memang i tak sangka budak melayu boleh buat macam tu. grafik dia best. macam cerita CLASH OF THE TITANS.. memang best grafik dia.. lepas tu hero dia, STEPHEN RAHMAN -HUGHES... i boleh bet, mesti ramai yag tak kenal dengan hero cerita ni. seorang mat saleh yang i sendiri pun tertanya-tanya siapa jejaka pujangga yang berbadan sasa ni. hero dia best, aksi lawan-lawan dalam cerita ni macam aksi TONY JAR dalam cerita ONG BAK 2. aksi dia best der.. baru gempak cerita melayu macam ni. mat saleh ni siap boleh cakap melayu lagi, i tak pasti siapa mamat ni. tapi yang pasti di sudah kahwin, alamak, to all girl, sorry la yer... ngee~~




ala-ala tony jar gitu..

masa dekat ending cerita ni, tetiba keluar kelibat JEHAN MISKIN. yang ni i pelik sikit sebab badan jehan miskin yang sasa nampak kecik jer dalam filem ni. macam budak afrika yang tak cukup makan. pelik juga nampak badan jehan macam tu.

dengar cerita modal buat filem ni RM 8juta kau!! terkejut juga sebab standard cerita melayu modal buat filem RM 1 atau 2 juta jer. betul-betul serius KRU buat filem kali ni.. and baru berapa hari cerita tu ditayangkan, sudah mengutip sebanyak RM 3 juta.. ok la tu kan. i ada juga dengar khabar-khabar angin bahawa cerita ni tak lama di tayangkan di malaysia. i tak tahu la ni gimik atau aper. KRU cadang nak tayangkan cerita ini di 72 buah negara. terkejut? perkara ni memang boleh masuk akal sebab ini cerita sejarah. walaupun tak lawak, tak seram, tak romantik, tapi pasaran cerita dia luas.. banyak negara yang terlibat dalam ceritani. i solute KRU sebab mampu bikin cerita sehebat ini..

and i harapkan banyak lagi cerita ilmiah hasil air tangan anak-anak melayu.. tak ada la asyik cerita mengarut jer.. cerita seram, lawak bodoh and entah aper-aper.. kepada KRU..all the best!!

sipnosis HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat..

p/s: kalau mengikut sejarah, cerita ni panjang lagi.. and if i not mistaken, cerita ni mengisahkan asal usul kerajaan KEDAH.. so, kepada rakyat kedah, cek nak habaq, hampa semua wajib p tengok cerita ni sebab ni cerita nenek moyang hampa.. itupun kalau cek tak ilap. kalau cek silap, hampa jangan baca blog cek lagi yee.. malu-malu... hhihihi



india, china, rom, semua ada dalam filen epik kali ini..


tetiba teringat kat cerita mak limah balik rumah. maybe ini suami dia kot. tersesat masuk filem hikayat merong mahawangsa..

Sunday, March 20, 2011

surat buat ibunda..




IBUNDA BINTI DATUKDA
nO 1 taman kawasan istana,
atas gunung serai
999 selangor darul ehsan.

1 feb 2011

kehadapan ibunda yang di kasihi, anakda mengharapkan ibunda sihat sejahtera disamping ayahda yang macho dan adik-adikda yang nakal.

ibu, along utuskan surat ni untuk mengadu kepada ibu tentang situasi yang sedang terjadi pada along sekarang ini.. satu dunia tahu yang anakmu ini sedang moody jer siang malam. kenapa?? manakan tidak nya, anak mu ini baru sahaja break out with his love.. atau orang kuantan panggil, putus cinta. silap anak mu juga yang pergi minta clash buat aper..


setiap tahun, mesti ada perempuan baru yang hadir dalam hati anakda.. tapi ibu ingat tak ***** *** ******? perempuan yang ibu asyik tengok siang malam profile facebook dia? along baru clash dengan dia.. ngeee~~~ jangan marahh aaa~~~




kenapa along clash?

dia memang baik orangnya, layak sangat jadi mama kepada anak-anak along nanti.. tapi entah la... along tak minat bercouple.. u know y? "couple"? just satu trend budak-budak zaman sekarang jer. but your son never care about that. just waste my time.. masa akhir-akhir zaman persekolahan pun along pernah jadi ketua geng anti-couple sedunia.. tup-tup along pula yang ter 'couple'. along tahu along sudah terlari dari prinsip hidup zaman remaja along.. so, now along kembali pada prinsip asal hidup along.tidak mahu couple-couple. Islam pun tidak mengajar kita bercouple kan??

kenapa along tolak bercouple?

apabila kita bercouple, kita akan rasa yang GF kita tu adalah tanggungjawab kita.. betul tak? kesihatan dia, perangai dia, exam dia, waktu tidur dia.. semuanya kita kena jaga..along jenis macam tu GF adalah tanggungjawab along..tapi tak tahu la kalau ada BF yang macam certain lelaki tu yang tidak ambil tahu langsung tentang GF dia.

GF tu adalah tanggungjawab laki.. along sudah tidak sanggup nak pikul tanggungjawab tu.. along pun banyak lagi tanggungjawab lain... adik-adik sudah la nakal-nakal, ibu dengan ayah pun makin lama makin tua.. tanggungjawab dengan agama pun belum setel lagi, bab solat jangan cakap la, asyik terlupa sokmo.. study? semesta ni agak teruk.. bukan agak teruk, tapi memang teruk.. rasanyer memang tidak dapat anugerah dekan lagi pada tahun ini.. tu hah, anak along, tanggungjawab along juga.. kelabu.. cucu-cucu along.. itam, putih, tompok, cokelet.. semua tanggungjawab along.. tu belum masuk kura-kura, ikan and bonzai dirumah.. soal sahabat, along cuba menjadi kawan yang baik.. setiap hari berdepan dengan masalah.. lumrah hidup la kan.. LUMRAH??? iyer.. cinta pun lumrah hidup juga. tapi couple itu bukan lumrah hidup kan? kita sendiri pergi cari couple buat aper.. lepas tu serabut kepala otak.. along tengah prepare diri ini untuk menjadi yang terbaik pada suatu hari nanti..insyAllah..

Kalau kita tengok lumrah kehidupan, remaja mase kini menjadi kan couple sebagai satu keperluan.. Kenapa along kata begitu, kerana mereka ini akan merasa malu jika mendapati bahawa diri mereka masih belum mempunyai couple.. Sungguh, syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan perbuatan couple itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kita buat tu. Dan ade segelintir daripada mereka yang berkata bahawa takut nanti tak de jodoh.

banyak lagi tanggungjawab kita sebagai manusia yang belum selesai. so, i putuskan keputusan yang i tolak couple.. but best friend forever.. i sokong habis-habisan.. BFF.. that is the good way in our relationship.. support each other, share the story and etc-etc..

kalau jodoh along denag lily tu, tak kemana. dont worry.. and after this, ibu tidak akan dengar lagi cerita couple-couple ni dari mulut along.. =)

Allah telah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 26, maksudnya...

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."


that all my reason mu mummy, sekian

anakmu tercinta
along bin ayah

p/s -> jadi yang terbaik, insyAllah kamu akaan dpt yang tebaik... =)


Wednesday, March 16, 2011

jangan tuduh aku pak sanggup!!!



i betul-betul tak tahu ape punya jenis dugaan yang i dapat kali ini.. kalau setakat, berselisih faham dengan cikgu, kena tinggal awek, facebook tak boleh buka, tayar motor pancit, tak ada duit syiling nak beli chokky, semua i sudah biasa dengan dugaan macam ini.. tapi kali ini dugaan nya lain macam sikit.. betul-betul mencabar kesabaran i..

malam tadi selepas i main game city ville di facebook, around 4 a.m i tidur.. ye, memang tidur lewat sikit sebab tommorow kelas pukul 10 pagi.. lewat sikit daripada biasa.. time nak tidur tu tetiba ada kucing 'mengiauw' di bawah katil i.. bila i skodeng dibawah katil, tak ada pula kucing yang kelihatan.. gila kau, pukul 4pagi, member-member semua sudah tidur, lampu semua sudah dipadam.. dengar bunyi kucing tapi kucing tak ada.. mana la tahu kot kot ada mambang kucing.. cuak juga i.. tapi, dengan keberanian yang ada, i cuba tidur dengan macho nyer. buat dek jer dengan bunyi kucing tu.. yelah, tak ada keja nak selongkar bawah katil pagi-pagi buta ni untuk cari kucing..tak ado kojo den..

hari berlalu seperti biasa, pergi kelas muka macam cekodok sejuk, balik kelas muka macam cekodok basi. itulah i.. tengah sedap sedap layan news paper tajuk jepun kena tsunami tu, tetiba pula bunyi kucing yang menyeramkan datang dari bawah katil i.. ok, for this time, i berani mati nak pergi tengok bunyi aper sebenarnyer di bawah katil i.. i akan try selongkar sehabis baik untuk cuba menyelesaikan misteri yang melanda diri i sejak semalam... bawah katil i penuh dengan kotak-kotak yang i gunakan untuk menyimpan barang.. pinggan mangkuk, cawan, barang-marang masak, dumbell, kasut, semua ada bawah katil ni.. biasa lah der, duduk hostel, mana ada kabinet dapur, rak kaut.. so, bawah katil lah tempat mustajab untuk simpan barang-barang.. sumbat selagi boleh di sumbat..

i cuba meneroka bawah katil i, tiba-tiba..... (musik suspen please)

i terbuka satu kotak ini yang mengandungi buku-buku nota dan rujukan i untuk semesta lepas punya, i sajer simpan untuk buat rujukan sem-sem yang akan datang..

tiba-tiba... (sudah dua kali 'tiba-tiba', memang hantu betul cerita ni)

YA Allah.... malaun mana yang pandai buat tak pandai tanggung ni... kau buang bini kau kat sini menderita, terseksa, dan sikit lagi bini kau ni bakal kene sepak dengan aku!!!


seekor ibu kucing bersama 4 ekor anaknya.. di manakah bapa nya?? dasar binatang..


adohai, selamber keturunan kau jer bersalin bawah katil aku.. (tapi kira ok sikit la kan bawah katil, cuba kau bersalin atas katil aku, lagi la aku bertambah angin. )

beranak beralaskan buku-buku ku... suka sangat ku lihat detik indah ni.. rase nak tawaf satu kolej.. meraikan detik penuh bermakna ini

i ni da lah dalam hati ada taman, kalau nak sentuh anak kucing baru lahir ni, rase diri di awang-awangan..nak pengsan !! dulu hamster i bersalin, berperang besar i dengan ibu i.. masing-masing berdolak-dalih nak keluarkan anak hamster tu untuk di bersihkan badanya.. geli weh!!

beranak bawah katil tu, satu hal.. satu hal lagi yang ibu kucing ni buat gila, dia bersalinkan anak-anak dia bertilamkan buku-buku nota yang i simpan didalam kotak tersebut.. perghh!!! fail,note, semua ada dalam tu... penuh dengan air ketumban and darah kucing tu... YA Allah.. aper punya jenis dugaan ni.... kenapa di bawah katil aku? kenapa tidak dibawah katil student lain? dibawah katil para pensyarah? dibawah katil student perempuan? biar kecoh satu kolej anak kucing bersalin!! kenapa di bawah katil ku?? owhhhh my God..


detik beramah mesra dengan permata hati baru kami

memang lumrah hidup di dunia kita akan mengelakkan, tergelak dan kena gelak... yes, i love this part where i kena gelak dengan si polans-polans sebab kucing beranak dibawah katil i.. siap i dinobatkan sebagai bakal bapa mithali pada tahun ini... tak pasal-pasal dapat anak. hitam,putih,coklet,kelabu.. cunnnn~~~


termenung melihat nasib ku....

i ni tak lah zalim sangat, walaupun rambut sudah jadi mohawk, tapi hati roti paw tau.. lembut jer hati i ni... i bagi kucing ni makan nasi lauk sambal ikan bilis campur sardin sikit.. lepas tu siap di sedia kan biskut cap ping pong lagi tuuu.. tapi memang dasar kurang asam punya kucing, sikit pun dia tak pandang makanan yang i bagi tu... salah i juga, i terlupa perkara ni.. kucing ni baru lepas bersalin, masih dalam tempoh berpantang.. so, makanan untuk ibu berpantang ialah nasi panas dengan lada hitam je kan? lepas tu ada la sikit campur rempah ratus tu.. ok, sok aku bagi kau makan makanan orang brpantang ni okey, kalau kau tak makan, siap la kau.. go out from my room!! hahaha

kalau time study, makan friskies.. sedap jugak kan? mana la tau rasanyer macam biskut marrie


yelah, i pun ada terfikir nak letak kucing-kucing ni di tempat lain.. tempat yang lebih sesuai.. ini letak bawah katil, tak sesuai langsung.. silap hari bulan esok makcik sapu sampah mengamuk sebab taik kucing bersepah.. and HEP ( hal ehwal pelajar) datang kompaun i sebab i dituduh bela haiwan peliharaan.. sudah terang lagi bersuluh di dalam buku undang-undang kolej dimana pelajar tidak boleh membawa haiwan peliharaan... what should i do?

i try letak kucing tu di tempat lain tapi memang seperti apa yang diduga.. kucing itu jinjing sekor-persekor anak dia masuk bawah katil i balik.. perhhh!! sabor jew la~~~ (nada mak limah balik rumah)

si member i ni pula tetiba buat cerita sedih, dia cakap dengan i ' sanggup ke kau buang kucing ni arif? kau cuba tengok mata kucing tu.. sedih jer.. (time-time la pulak kucing buat muka sekupang..) yelah, aku akui, xsanggup aku buang kucing ni.. dia da r dalam tempoh berpantang lagi kan? so biar jelah dulu... TAPI!!!

i bagi u 1minggu jer lepak dalam bilik i.. lepas satu minggu dari sekarang, kalau u tak check out from my room, siap la kau... rumah kotak kau akan berada di atas pokok sebelah pondok pak guard..


kalai siap buat rumah untuk kucing-kucing itu... terima kasih!!
daripada kotak buku, menjadi rumah banglo... inilah dia jurutera yang kita cari! fuhhh

sebelum i tulis blog ni, i duduk perhatikan kucing ini.. bertapa Hebatnya ciptaan Allah..
kucing ini walaupun tak pergi sekolah, tak masuk kelas kemahiran hidup dan ekonomi rumah tangga, tapi dia tetap boleh berfikir... dia sayangkan anak-anak dia.. dia jaga anak-anak dia sebaik mungkin.. walaupun kucing ini tak masuk kelab kebudaayan, tak masuk ASWARA, tapi dia tetap pandai berlakon.. pandai buat muka sedih apabila i nak halau dia..


walaupaun kucing ini tak belajar biologi, sains kesihatan dan kejururawatan, tapi tetap mampu membidankan diri sendiri tanpa bantuan pihak lain..

anak-anak kucing tu mesti pandai gila bila sudah besar nanti.. mana tidak nya, lahir beralaskan buku-buku i... perkara pertamaa yang anak-anak kucing tu lihat di dunia ini ialah BUKU yang tertera nama muhd nur arif.. arif?? hahaha.. abis arif l anak-anak kucing tuuu...

kucing..




kasih seekor ibu

itulah dia haiwan yang unik..

haiwan yang paling Nabi kita sayang..

haiwan yang comel...

haiwan yang manja...


p/s: orang kata, siapa yang jaga kucing, rezeki dia di murahkan? betu ker??
abis tu, kalau jaga kucing yang dalam pantang, lagi best kan?? mesti dapat durian runtuh setiap hari.. hahaha!!!

Friday, March 11, 2011

big mommas (like father, like son)


untuk meraikan para pelajar KPTM seluruh malaysia berjaya mengharungi midterm exam, dengan segala hormatnyer kami pelajar KPTM yang berwawasan lagi berwibawa diberikan cuti selama satu minggu.. macam exam hari tu jawab dengan penuh serius sampai bagi cuti 1 minggu, padahal masa jawab , main campak-campak dadu jer..

cuti satu minggu ni i habiskan masa dengan TLDM.. Tido Lena Dan Makan.. cukup nikmat kalau setiap hari dapat tidur selama 12jam secara direct.. bangun jer tidur terus buka periuk, tengok rezeki apa yang Allah da bagi.. balunnn~~~~

apabila muhasabah diri, baru i perasan yang i ni mengalahkan anak dara. sepanjang cuti ni langsung tak keluar rumah.. jaga teruna agaknya.. geng-geng da mati akal ajak lepak sama-sama di kedai pondan (bukan kedai pelacuran tapi kedai makan.. trademark dia kedai pondan, nk buat macam mana)..

so, lastly i putuskan untuk ajak kawan i seorang ni untuk lepak di SUNWAY PYRAMID... pergi eye-wash katanyer.. kalau balik KL, tak pergi sunway pyramid, tak sah kalau tak pergi sana.. hati teringin pulak nk tengok wayang, mula-mula cadang nak tengok cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA, yang dibikin oleh KRU tu, tapi i ni malas sikit nak tengok cerita melayu, sebab sebab sebab sebab.. ahahha. malas nak mengutuk.. so, kitaorang tukar plan tengok cerita BIG MOMMAS ..

kalau tengok movie takde popcorn dengan coke, umpama tengok movie depan laptop sambil bersila atas tilam di hostel.. xde feel langsung.. so, untuk mendapatkan feel, i beli popcorn dengan coke large set.. ha, makan la sorang-sorang lepas tu rase nak pitam habiskan popcorn..

duduk jer dekat sit yang telah disedia, terus gelak terbahak-bahak sebab sebab sebab sebab.. hahaha... mana boleh... aku g bayar tiket wayang, lepas tu korunk nak dengar cerita tu free free jer.. mana leh der... hahha.. tapi cerita big mommas 2 memang best. tak henti-henti gelak sampai nak terkeluar anak tekak.. sini i cerita kan sipnosis sikit yer.. biar u all mengedik ajak couple korunk tengok movie ni weekend.. seriously, memang berbaloi-baloi..






Big Mommas: Like Father, Like Son (also known as Big Momma's House 3) is an second sequel to 2000 Big Mammas House.
Big mama is back- and this time he has big backup: his teenage stepson Trent Brandon T. Jackson. Martin Lawrence returns as FBI agent Malcolm Turner and as turner deep- cover alter-ego Big Momma. Turner is joined by Trent, as they go undercover at an all-girls performing arts school after Trent witnesses a murder. Posing Big Momma and as hefty coed Charmaine, they must find the murderer before he finds them.


Wednesday, February 23, 2011

maki memaki amalan bersama..









kata mengata di kalangan manusia adalah perkara kecil jer. even dalam facebook pun i selalu nampak segenlintir manusia ni tulis di wall post dia besar-besar mengata kawan dia.. adoi. seronok ker mengutuk orang ni? apa yang dapat? puas hati kan dapat mnyakiti hati orang lain.

perkara ini sebenarnya memang tak dapat nak dielakkan pun daripada jadi mangsa kena kutuk.. i sendiri pun banyak kali kena kutuk dan mengutuk.. opsss!! awak buat baik pun kena kutuk, buat jahat pun kena kutuk.. yes, itulah manusia.. sampai ada pepatah melayu, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?? bukan sekadar nak tutup, nak kecilkan sikit pun tak boleh abang oiii.. laju jer mulut ini meengeluarkan pelbagai kata yang menyakitkan telinga..

Nabi kita dahulu ketika mula-mula menyebarkan Islam, rancak sungguh mulut kafir Quraisy mengutuk Baginda, pelbagai cacian dikenakan keatas baginda, padahalnya baginda membawa contoh teladan yang baik. baginda membawa pelbagai nilai-nilai murni kedalam masyarakat jahiliah ketika itu tetapi tetap di kutuk.. lihat lah perangai buruk manusia ni.. benda ni hanya berlaku pada masyrakat jahiliah jer.. masyarakat melayu mana ada kutuk-kutuk ni.. eh, betul ker? i rasa masyarakat melayu pun sama jer..


my idola Tun DR Mahathir.. jangan kata la bagaimana beliau dikutuk sekeras-kerasnya. yang i pelik nak mengila dimana Tun adalah perdana menteri malaysia pada seketika dahulu, beliau berbakti untuk rakyat tetapi ada SEGELINTIR rakyatnya sendiri yang mengutuk beliau.. what the tutt?? orang tu bertungkus lumus untuk memajukan negara, pernah terfikir tak jika anda menjadi perdana menteri? seluruh kehidupan anda akan diperuntukkan untuk negara.. pelbagai perkara bermain dalam kepala ni ha. jangan kata jadi ketua negara, jadi ketua kelas pun i rasa nak nazak layan kerenah budak kelas.

pak lah. kenal tak?? perdana menteri selepas Dr Mahathir.. pak lah pernah memperjuangkan ISLAM HADHARI... wah, how good is that? tapi program tu pun kena kutuk oleh segenlintir manusia yang bajet sufi yang hanya tahu mengkritik memkhizir buta... Ya Allah. apa mahu jadi dengan manusia ini? sekarang facebook sedang mengilai rakyat malaysia and for your information malaysia ranking ke-4 yang rakyatnya paling kerap meng'facebook' setiap hari. di atas kesempatan ini juga ada rakyat malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengutuk orang lain dengan bangganya... paling best i pernah baca di wall post seorang teman i berbunyi 'aku lapar la hari ni! tak ada selera nak makan, mak masak tak sedap .. ' uitttt, how dare u boy? kutuk mak sendiri dalam facebook.. tengok macam simple je kan, tapi cuba bayangkan mak ko baca wall post tu. kompom mak ko tak masak terus lepas ni. kompom!!


makhluk diakhir zaman... yang baik dipandang hina, yang buruk dipandang mulia..
inilah hakikatnya.. i pernah ada seorang kawan yang betul-betul baik dimana dia seorang yang ringan tulang selalu tolong cikgu tetapi dialah selalu jadi mangsa ringan mulut kaki-kaki mengata..

sekor lagi yang boleh digelar 'nate beruk' kawan i ni, kaki perempuam,arak, n segala kejahatan adalah dia.. selalu dipandang mulia dikalangan rakan2.. adakah u all perasan tentang ni? orang baik itu, biarkan dia baik, jangan dikutuk..

jika u all nak buat sesuatu perkara tu, buat jer dengan bangga di dalam hati.. usah risau dikutuk kerana orang yang mengutuk itu hanya tahu mengutuk dan terus mengutuk..

kawan i ni nak pergi solat, tapi kena kutuk dengan sekor lagi... what is this?? nak pergi beribadat pun kena tuduh bajet alim..

start from this year, jika ada sesuatu perkara baru yang i nak buat, i terus buat dan hiraukan jer apa orang nak kata.. i nak berniaga ker, i nak duduk depan didalam kelas ker, i nak study ke, just do it and ignore them.. i paki spek mata pun kena kutuk, ada kata i bajet handsome... laaaa, da memang i handsome, so what? haha...

...LAKUKAN SAHAJA APA YANG KAMU NAK LAKUKAN..





Wednesday, February 9, 2011

ALAM MAHSYAR




SALAM para sabahat ana... ececeh... ber'ana' pula aku ni yer... lepas sehari demi sehari i nak tulis blog. banyak sangat perkara yang nak tulis tapi betul-betul tiada masa. so i ambil keputusan untuk kopi paste jer email yang i dapat di yahoo mail i.. i nak kongsi dengan u all.. apa salahnya kita kongsi perkara yang baik.. moga di permudahkan... amin~~


ALAM MAHSYAR



1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.



3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.



5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.



6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.



9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

?

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.



13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.



14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.



15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.



16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& ‘Atid / Kiraman Katibin.



18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.



21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.



22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.



24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.



25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.



26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.



30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani.. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Wassalam….

P/S.. kita ni manusia yang penuh denagn sikap pelupa.. harap post kali ini dapat mengigatkan pembaca and penulis tentang hari pembalasan

Sunday, January 23, 2011

AL-QURAN SEBANGAI HANTARAN





sekarang ni i sedang busy dengan aktiviti harian dan bisnes. hah? bisnes? jikalau i berjaya melakukan bisnes ni, sure i akan bagi tahu dengan u all kemudian hari yee..

masa i tengah break untuk ke kelas, i check my mail inbox kat yahoo, maybe i terlepas pandang selama ini, ada seorang kakak kenalan i banyak email kat i benda yang best-best. i teringin nak berkongsi dengan u all..

1st mail yang i terima bertajuk AL-QURAN SEBANGAI HANTARAN.. SELAMAT MEBACA!!

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran.. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
read dis...
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.


p/s.. AL-QURAN... belajar dan amal kan lah... dia akan membantu kita di alam kubur nanti... kehidupan di dunia hanya sementara..