Saturday, December 25, 2010

pancing 30 ekor ikan dalam setengah hari di taman jaya.. rahsianya begini~~



kalau 5 tahun yang lalu, taman jaya adalah satu taman rekrasi yang tak menarik langsung, tasik dia menjadi tempat manusia berfikiran cetek bunuh diri.sampah dia jangan cakap la, lagi banyak sampah daripada air. tapi kalau sekarang u all pergi taman jaya, pehh, meletop!! track joging dia memang best, taman permainan untuk kanak-kanak pun sudah pelbagai, siap ada tempat ala-ala gym lagi tu. barulah betul dinamakan taman rekrasi, dan yang paling best ialah tasik taman jaya! kalau u all joging tepi tasik tu u all boleh tengok ikan-ikan yang sedang terapung tengah ushar u all joging. bagi kaki-kaki pancing sememangya mengidap ikan-ikan tersebut..

so, today i cipta sejarah dalam diari hidup i that is i pergi memancing di tasik taman jaya buat julung kalinya beserta sahabat karib 2 orang.. oklah kan, balik cuti sem lepak-lepak dengan member lama sambil memancing. kalau tak dapat ikan,kami tukar pula memancing amoi yang sedang lalu lalang. mana la tahu kalau ada rezeki mata kail melekat dekat amoi. dari pukul 8 sampai pukul 11 kami memang frust sebab sekor ikan pun tak dapat tambahan pula perut tengah sakit, so memang frust sangat-sangat. toilet sudah la jauh sepelaung, rasa nak melabur saham jer dalam tasik tu.

dalam pukul 11.30am i drive pergi kedai pancing di pj old town untuk beli jaring. sebab selama ini kami guna teknik mata kail sekor ikan pun tak dapat, risau balik rumah kena gelak dengan family so kami try guna teknik jaring. usaha kami memang tidak sia-sia di mana lepas sekor-sekor ikan mengambil giliran untuk masuk ke dalam jaring kami. hidung i jangan cakap lah time tu, sudah besar macam serombong kapal. siap jeling-jeling dekat group otai-otai pancing di sebelah kami. berlagak betul i, padahal baru main ikan talipia, bukanya haruan. arif..arif..

so total up hasil tangkapan kami ialah 30 ekor. kira banyak la tu kan. i ni sudahlah firstime pegang pancing. budak bandar la katakan. so bila dapat 30ekor tu, kami rasa nak sujud syukur secara berjemaah kat tepi tasik tu. terharu tahap gaban..

kepada kawan-kawan lama i ex-5 amanah 2009, aku dengar cerita u all nak buat reunion di pulau tioman yer? tinggi selera korang!! meh aku ajak buat reunion di tepi tasik taman jaya, ok what!!~~
jimat kos~~~~ duit MARA belum dapat.. haha..

kalau boring-boring weekend, ajak lah family pergi taman jaya, ok what. ada kelas tai chi, yoga, senam aerobik, tomoi pun ada juga kot!!

p/s; tak puas cuti sem kejap sangat.. 1 bulan 3 minggu. tak cukup!!

Cadang nak beli pancing satu tapi modal tak ada. U all boleh bagi I modal sikit dengan meng ‘click’ di buton nuffnang di right of this page. Hahah..


ececeh..( nampak sangat kekok pegang joran..)




syukri bersama ikanya..



tangan bersimen tak menghalang adib untuk mengjoran. aikk,boleh difitnah hanya posing di hadapan kamera je dia ni.. =p



sekali tarik i dapat sekali gus 2ekor ikan. macam mana la hidung tak kembang macam serombong kapal..



ini memang manusia pelahap. nak sangat makan ikan freshhh~~~

8 comments:

  1. alaaa... ko dengki.. ni bukti aku budak bandar yang tau pancing ikan,.. hahaha... xlah slalu kena kutuk jer.. haha

    ReplyDelete
  2. eleh3...!!! bru pndai memancing la katakan,,,!!

    ReplyDelete
  3. bley mkn ker ikn kt tmn jaya tu...hahaa

    ReplyDelete
  4. ikang kat taman jaya tu sedap o0o0o0... manis.. aku tak tipu... mengamuk mak aku,peti ais penuh ikang talipia..hahaha.. air bersih da sekarang... ikang dia pun ada cop halal toiiba kat badan dia... hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaa...iyee sgt la tu..pdn mke k0 kne mara...
    laen kali la0 peti ais uma k0 xmuad k0 bagi skit kt gua je...hehee

    ReplyDelete
  6. aku memang nak bg kat ko tapi kita kena tukar dengan cendawan r..hahahaha... musim ketujuh ni sedap tanam cendawan... cuaca sejuk!

    ReplyDelete