Sunday, March 27, 2011

PANDUAN UNTUK ADIK-ADIK LEPASAN SPM...




salam muhibah satu malaysia.. sejak kebelakangan ni, ramai juga budak-budak lepasan spm yang tanya i tentang hala tuju lepasan SPM.. iye, i faham, i dulu pun macam u all juga.. lepas spm, tak ada hala tuju langsung.. tak di expose tentang benda-benda macam ni.. sebelum spm, bila cikgu bagi penerangan, kita buat pekak, lepas result spm keluar mula la mengelupur cari pilihan untuk sambung belajar. i faham, sebab i pun macam tu juga time sekolah dulu. lepas spm, baru kelam kabut turun naik bilik kaunseling minta nasihat cikgu tentang hal-ehwal sambung belajar ni.

so, i terdetik la nak kongsi pengetahuan serba sedikit tentang apa yang u all akan ambil lepas ni.. i try search kat internet tentang matrikulasi, asasi/foundation, diploma, tingkatan 6, sijil, menganggur sampai ke tua..

kenapa i beria-ria nak dedahkan u all tentang benda-benda ni? because i want u all learn from my mistakes. mistakes? yelah, dulu i tak ada hala tuju, tak tahu pun dengan benda-benda ni, i tak nak u all macam i juga okey..


MATRIKULASI

menjadi satu kebanggaan kalau dapat masuk matrik tapi cara belajar dia? rasa macam nak gila.

positif
  • 1. masa yang diambil bagi mengikuti program ni hanya 1 setengah tahun jer, short term

  • 2. under kerajaan, tak perlu bayar. and u all akan dapat elaun lagi sebanyak RM 1250 bagi setiap semester.

  • 3. cepat tamat pengajian dan boleh sambung ijazah.


    negatif
    1. sijil matrikulasi tidak boleh digunakan untuk meminta kerja. tak laku

    2. kalau dapat pointer 3.5 di matrik, belum tentu u all boleh pergi jauh.

    3. setiap sem tu mesti peroleh result yang gempak, kalau tidak u all maybe akan di 'kick' dari kolej.

    4. kurang dari segi praktikal. maybe lebih belajar dari segi teori.

    5. subjek yang compact dan sesi pembelajaran dia agak laju.

    6. nak masuk matrik bukanya senang, just best student jer..



    TINGKATAN 6

    ni u all jadi budak sekolah balik la but no matter la. best apa jadi budak sekolah, duit saku parent still bagi.. xp

    positif
    1. STPM aliran sains, pointer 2.75 mungkin sudah boleh kalahkan matrik pointer 3 - 3.3.

    2. STPM candidate selalunya didahului daripada matrik.

    3. kalau dapat 3.5 untuk science stream, u all sudah boleh nak fly study mana-mana. tajaan MARA pun senang-senang dapat.

    4. kalau score 4 flat dalam STPM aliran sains, sure u all boleh join apa-apa course sains yang u all berminat lepas ni.

    5. tempoh pengajian lebih kurang jer macam matrik, dalam 1 setengah tahun.

    6. PRA-U


    negatif
    1. subjek susah sikit, compact, cepat.

    2. takut leka dengan aktiviti sekolah.

    3. belum nampak dengan jelas kerjaya u all.


    SIJIL

    selalunya sijil ni untuk budak-budak yang result spm dia tak berapa good. but nevermind la kan, selagi nak belajar, apa salahnya.

    positif
    1. sijil boleh digunakan untuk meminta pekerjaan, tidak seperti matrik, asasi/foundation.

    2. sesuai untuk orang yang nak tukar aliran.. for example, u budak sains tapi u nak cebur diri dalam bidang acount, so u kena ambil sijil acount.

    3. banyak tempat yang menawarkan sijil dan siap bagi elaun sara diri.


    negatif
    1. tempoh pengajian yang panjang.

    2. kalau minta kerja, sijil ni company tak pandang sangat.

    3. tak digalakkan ambil sijil kalau result spm u all okey..



    diploma

    ini program yang selalu lepasan spm ambil.. kalau result tu cukup-cukup makan, ambil jer diploma. abis cerita..


    positif
    1. lebih bagus dari form 6, asasi/foundation, matrikulasi sebab sijil diploma tu lebih kukuh dimata company..

    2. peluang pekerjaan lebih luas berbanding matrikulasi, sijil, asasi.

    3. ilmu yang diperolehi lebih fokus kepada kerjaya. for example, nak jadi engineer, kita belajar tentang engineer jer..

    4. lebih banyak praktikal dan ini membantu dalam kerjaya nanti.

    5. belajar secara santai, macam i sehari dalam 3 kelas jer. setel 3 kelas, boleh pergi tido sepuas-puasnya..

    6. diploma boleh digunakan untuk kerja..

    7. kalau nak sambung iajazah, just tambah 2 tahun jer time ijazah tu.


    negatif
    1. jangka masa pembelajaran yang agak lama. 3 - 4 tahun.

    2. melekakan.




    keempat-empat program diatas ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. dan di syorkan kan kepada lepasan SPM yang berbeza keputusan.

    mereka yang melalui matrikulasi atau asasi adalah medium yang terpantas untuk mencapai ijazah dan kerjaya yang di impikan but mesti diingatkan ramai juga ex-student matrikulasi yang ditendang untuk meneruskan pengajian. kalau rasa yakin dapat mantain result, masuk la asasi or martikulasi..

    walau apa pun pilihan u all, pastikan u all buat yang terbaik selepas ini.. jangan ulang kelemahan SPM. pada pringkat ini sepatutnya u all telah mengenali diri sendiri dan tahu apakah cita-cita sebenar u all.. tahu kemampuan, minat dan kekuatan masing-masing.

    harap entri kali ini dapat bantu serba sedikit adik-adik i ni eh.. all the best!!

    p/s> ada peluang belajar, belajar jer.. jangan tangguh-tangguh.. xp

    No comments:

    Post a Comment