Wednesday, March 23, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.








salam satu Malaysia.. hari ini i tewas dengan satu cerita hasil karya anak melayu. bila i tengok, meremang bulu satu badan. i boleh dikatakan kaki wayang sebab selama ni i dapat tiket wayang secara free, so, setiap kali cerita baru yang keluar, majoriti i akan pergi tengok dengan adib, member baik i. macam mana i dapat? haha, tu rahsia la kan. kalau semua orang dapat tiket free, bankrup la panggung wayang tu. tapi itu dulu, sekarang belajar di kuantan, nak keluar tengok wayang pun tak ada masa.

hari ini result SPM keluar, so Kolej i dapat cuti sempena result SPM keluar. tak ada kena mengena kan? tapi orang sudah bagi cuti, i terima jelah tanpa banyak bicara. kebetulan pula hari rabu, yang i tahu kalau hari rabu ni tempat tumpuan utama adalah panggung wayang. yang peliknya, wayang di kuantan ni tak ramai orang, tak macam KL, kalau rabu, mengalahkan orang pergi umrah.. penuh satu shoping complex beratur beli tiket wayang.. padahal harga murah seringgit dua jer. adohai.

i pergi tengok wayang dengan kekasih hati yang i sayang bagai nak mati. itulah dia fasha sandha a.k.a l*** s***** ha****. fasha sanda tu nama timangan dia jer.. nama sebenar lain.
gila u, hari ni i tengok cerita melayu. macam tak percaya jer. selama ni kalau nak tengok cerita melayu, memang i tak akan tengok di wayang, lebih rela i tunggu cd cetak rompak keluar. lantak la cerita tu box office bagai nak rak. bukan i tak sokong cerita melayu, cuma cerita melayu kadang kala entah la. malas nak mengata di sini, karang kena saman, sia-sia jer i..( takut juga ni)

tapi i betul-betul tertarik dengan satu cerita hasil arahan KRU crew ni.. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. actually sudah dua kali i nak tengok cerita ni tapi niat terbantut setelah ternampak poster cerita lain. macam i kata lah, kalau cerita melayu ni, i berat sikit nak tengok tapi hikayat merong ni i terdetik nak tengok sebab ibu i sarankan i tengok cerita tu. ibu kata itu cerita sejarah, masa dulu ibu sekolah, ibu belajar sastera tentang cerita tu. i ni pula memang gila sejarah, agak minat juga dengan sejarah walaupun ramai orang kata ianya bosan.. kawan-kawan i majoriti tengok cerita tu sebayak dua kali. gila kau, time SPM paper sejarah failed, tapi tengok cerita sejarah sampai dua kali, babun aper?? ..



subjek sastera time mak bapak kita sekolah dulu. sekarang dia pakai buku apa yer? tak pernah ambil tahu tantang sastera time i sekolah dulu.hehe


di manakah keistimewaan cerita ni??

okey, i mengaku cerita sejarah ni jalan cerita dia biasa jer. xdelah lawak sangat, tak lahseram sangat,tak lah romantik sangat. ceritanya biasa jer. sudah nama pun sejarah, skrip kena ikut buku la, mana boleh nak ubah-ubah ikut suka hati sebab itu semua adalah fakta.

tapi apa yang uniknya hasil kerja anak muda melayu orang ni, daripada segi grafik. peh, memang i tak sangka budak melayu boleh buat macam tu. grafik dia best. macam cerita CLASH OF THE TITANS.. memang best grafik dia.. lepas tu hero dia, STEPHEN RAHMAN -HUGHES... i boleh bet, mesti ramai yag tak kenal dengan hero cerita ni. seorang mat saleh yang i sendiri pun tertanya-tanya siapa jejaka pujangga yang berbadan sasa ni. hero dia best, aksi lawan-lawan dalam cerita ni macam aksi TONY JAR dalam cerita ONG BAK 2. aksi dia best der.. baru gempak cerita melayu macam ni. mat saleh ni siap boleh cakap melayu lagi, i tak pasti siapa mamat ni. tapi yang pasti di sudah kahwin, alamak, to all girl, sorry la yer... ngee~~




ala-ala tony jar gitu..

masa dekat ending cerita ni, tetiba keluar kelibat JEHAN MISKIN. yang ni i pelik sikit sebab badan jehan miskin yang sasa nampak kecik jer dalam filem ni. macam budak afrika yang tak cukup makan. pelik juga nampak badan jehan macam tu.

dengar cerita modal buat filem ni RM 8juta kau!! terkejut juga sebab standard cerita melayu modal buat filem RM 1 atau 2 juta jer. betul-betul serius KRU buat filem kali ni.. and baru berapa hari cerita tu ditayangkan, sudah mengutip sebanyak RM 3 juta.. ok la tu kan. i ada juga dengar khabar-khabar angin bahawa cerita ni tak lama di tayangkan di malaysia. i tak tahu la ni gimik atau aper. KRU cadang nak tayangkan cerita ini di 72 buah negara. terkejut? perkara ni memang boleh masuk akal sebab ini cerita sejarah. walaupun tak lawak, tak seram, tak romantik, tapi pasaran cerita dia luas.. banyak negara yang terlibat dalam ceritani. i solute KRU sebab mampu bikin cerita sehebat ini..

and i harapkan banyak lagi cerita ilmiah hasil air tangan anak-anak melayu.. tak ada la asyik cerita mengarut jer.. cerita seram, lawak bodoh and entah aper-aper.. kepada KRU..all the best!!

sipnosis HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA..

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat..

p/s: kalau mengikut sejarah, cerita ni panjang lagi.. and if i not mistaken, cerita ni mengisahkan asal usul kerajaan KEDAH.. so, kepada rakyat kedah, cek nak habaq, hampa semua wajib p tengok cerita ni sebab ni cerita nenek moyang hampa.. itupun kalau cek tak ilap. kalau cek silap, hampa jangan baca blog cek lagi yee.. malu-malu... hhihihi



india, china, rom, semua ada dalam filen epik kali ini..


tetiba teringat kat cerita mak limah balik rumah. maybe ini suami dia kot. tersesat masuk filem hikayat merong mahawangsa..

No comments:

Post a Comment