Tuesday, December 28, 2010

pemain bola sepak malaysia thumb up, penyokongnya thumb down. disappointed!!




gila terbeliak mata i tengok players bola sepak malaysia sejak akhir-akhir ini. firstime i layan tengok piala suzuki time malaysia menentang vietnam yang first round tu. i tengok dengan family i, family i sokong malaysia tapi memang dasar i pembelot negara, i sokong pasukan vietnam sebab i tak pernah yakin pasukan malaysia akan menang didalam mana-mana perlawanan. tapi perlawanan tu memang gempak dimana malaysia menang 2-0.. terkejut beruk i tengok aksi pemain malaysia yang sudah jadi transformer!! skill pemain malaysia sudah banyak berubah, so second round malaysia lawan vietnam, i sokong malaysia sebab malaysia tanah air tumpah darah ku, haha. u all da bO0o0o i, bo0o0o0 laaa....

then masuk ke final, malaysia bertemu indonesia, lagi seronok i tengok indonesia kena belasah secukup rasa, 3-0.. memang sudah dikira kedudukan selesa la tu kan. tapi yang tak bestnya kemenangan kita ada pula pihak yang berbunyi dimana mereka kata penyokong kita main laser!! wai! wait! wait! time i tengok siaran langsung di televisyen pun jelas kelihatan pancaran laser tersebut di kepala penjaga gol indonesia. bermaki-makian i dekat makhluk yang main laser tu. sengaja cari gaduh dengan pihak lawan. sejak akhir-akhir ini pun hubungan indonesia dengan malaysia tidak begitu elok, so kepada BEBERAPA penyokong malaysia yang tak bertanggungjawab tu tak perlu la mengeruhkan lagi keadaan ye.

i nak tegur sikit beberapa penyokong malaysia yang tidak ada otak ini. u all tahu tak, pemain malaysia sekarang tengah berusaha menaikkan nama negara dalam sukan bola sepak. mereka cuba mengharumkan nama negara di persada dunia, tapi SEBAHAGIAN penyokong yang tak bertanggungjawab langsung tak pernah guna otak.yang dia tahu hanyalah keseronokkan semata-mata.bakar stadium, bakar mercun, bakar bunga api, baling botol, tiup wisel, MAIN LASER, dan sebangainya. come on la, jaga la sedikit perangai tu, orang datang ke tempat kita, kita tunjukkan kan lah teladan yang baik.. tengok apa sudah jadi sekarang?? pemain kita sudah menang 3-0 tapi ada pihak yang mempertikaikan kita menang sebab main laser. cuba kalau tak ada mangkuk yang bermain laser, tentu kemenangan kita tak boleh dipertikaikan walaupun sebesar zahrah sekalipun..


belum main sudah kena serang awal-awal. simpati betul i dengan markos.

kalau kita imbas kembali perlawanan malaysia dengan vietnam di Hanoi, cuba tengok penyokong dia, berdisplin. mana ada baling botol ke dalam padang. mana ada bakar bunga api. walaupun mereka kalah, mereka tetap berdisplin. macam itulah kita nak contoh. ramai pihak memuji penyokong vietnam. ok lah kan, pemain tak kena puji, tapi penyokong kena puji, ok what..

anyway, i betul-betul respect dengan pemain negara kita nak dibandingkan dengan pemain indonesia yang penuh dengan pemain import sahaja. malaysia, go malaysia!!!!!

p/s; takut la penyokong indonesia baling buluh runcing kepada pemain malaysia. so0o0b so0o0b so0o0bb... T.T




tak pasal-pasal ultraman yang dipersalahkan. mentang-mentang la pengadil perlawanan dari jepun.. ngeee~~

No comments:

Post a Comment