Thursday, December 2, 2010

FAKIR MISKIN








I tak tahu la fakir miskin sekarang ni memang betul-betul fakir miskin atau just certain people yang ambil kesempatan dengan menjadikan meminta sedekah sebagai satu profesion yang utama dalam hidup dia. meminta sedekah ini sudah jadi macam satu pekerjaan pula. disini i nak ceritakan beberapa story from my life yang membuatkan i betul-betul was-was dengan mereka yang meminta sedekah di jalanan.





1. i sekarang bekerja partime di MPH subang parade sementara cuti semester ini, isi waktu lapang, budak wawasan 2020 la katakan. kalau Mahathir dengar, tentu i dapat RM50 sebagai duit galakkan. last week on friday i solat jumaat di masjid depan subang parade tu.bersepah orang minta sedekah,yang i pelik nya semua fakir miskin tadi adalah orang india muslim. tapi seriously muka dia langsung tak macam india muslim tapi sebiji macam india hindu. u all pun boleh bezakan macam mana india muslim atau india hindu, right?. ok, andai kata dia india muslim sekali pun, jangan la buat malu agama Islam, bila majoriti peminta sedekah tadi adalah india muslim macam pusat zakat kita tak agihkan zakat jer kepada india muslim.. macam kita menindaskan india muslim pula. i just takut ada pihak yang mengatakan dia islam, semata-mata nak meminta sedekah di depan masjid kita.

2 kalau u all naik tren komuter nak pergi ke bank negara di kuala lumpur, sejak i dari 15 tahun kalau i lalu di jejantas nak pergi sogo tu mesti kita akan nampak 4orang anak bersama ibunya yang sedang menyusukan bayi. pun india muslim. bila kita tengok memang kesian tapi dari dulu i tengok dia duduk situ je. apakah dia senang mendapat duit derma daripada orang yang lalu lalang tu?. sudah 3 tahun berlalu dan dia still ada disitu. dia langsung tak berusaha untuk mencari rezeki. macam dia sudah menjadikan meminta sedekah di kaki lima sebagai satu pekerja harian.

3. time i makan di klang. Ya Allah, nak suap nasi ke mulut pun susah. orang minta derma. i bukan nak kutuk orang minta derma tapi kalau sepanjang i duduk di situ nak dekat 10 orang datang untuk meminta derma, apa cerita?. kalau orang yang kurang upaya tu datang dari meja ke meja mesti ada seorang yang akan memimpin dia. betul ke mereka orang susah? i tengok si pemimpin tersebut pakaian mengalahkan artis, make up lagi,perfum and all that..

4. time i tengah tunggu kawan i di depan LRT kuala Lumpur, ada orang buta ini datang dekat i, tangan kiri pegang tongkat, tangan kanan pegang rokok. datang dekat i tanpa mengetuk-ngetuk tongkat dia lepas tu dengan selamber dia tanya i 'bro,ada lighter tak?' i rasa nak sepak-sepak je dia. bibir i punya la merah,mana hisap rokok beb. hisap rokok? mana ada style. jangan marah ye si perokok. lepas tu kawan-kawan dia yang sama buta dalam 3 orang lagi sampai, lepas puas mereka hisap rokok mereka berpecah sambil pegang tin. Ya ampun, minta duit derma kemudian pergi beli rokok. dan taraf OKU mereka i betul-betul ragui. lupa nak minta kad OKU dengan mereka. Kalau tak ada, siap lah. I kejar satu K.L.

5. yang ini bagus sikit dimana peminta sedekah menjual buku. time i baru keluar dari sebuah bank di Kuantan. Suddenly, datang la seorang lelaki ini.

peminta sedekah: dik disini ada sebuah buku untuk membantu rumah anak yatim, adik boleh ambil buku ini dengan syarat menderma seperapa ikhlas yang mungkin kedalam tabung tersebut.

arif: ini RM 5. abang ambil lah.

peminta sedekah: kejap adik, derma sekurang-kurangnya RM 10.

arif: la tadi kata derma seikhlas yang mungkin, so saya bagi la RM 5. mentang-mentang la saya baru keluar dari bank, suka hati jer nak up harga ye. da lah tadi kata derma ikhlas, kalau abang da letakkan harga, bukan derma ikhlas namanya.

terus i belah meninggalkan si pencerita yang berputar-belit. dia jadikan meminta derma sebagai satu bisness pula yer. suka-suka je letak harga. buku tu adalah dalam 20 pages.


di Kuala lumpur yang merupakan pusat ekonomi negara, wajarkah ada pihak yang meminta sedekah? bersepah kerja kosong, tolong jangan jadikan meminta sedekah sebagai satu pekerjaan anda. dan tolong jangan menggunakan pelbagai helah. i sampai tak percayakan peminta sedekah ini terutama yang macam india tu. Da tahu diri susah,anak sampai 5 orang buat apa. Ye, memang anak-anak itu satu rezeki tapi bila sudah jadi macam ini, kesian budak-budak tu terinaya..




laporan daripada surat khabar, sehari peminta sedekah mampu meriah sehingga RM100!! Kalau sebulan ada 30 hari so total up semua mereka boleh dapat RM 3000!!! Kerja macam I ni pun only RM 800 sebulan tahu tak?


so,apabila orang yang kita was-was denganya, datang meminta derma, kita perlu bagi tak? Dengan apa yang islam ajar kepada kita, “jika ada pihak yang meminta bantuan daripada mu, bantulah dia dengan seadanya” tapi bila kita bagi derma tu, takut kita mengalakkan aktiviti meminta sedekah ini, tambahan pula takut mereka terlibat dengan sindiket yang tidak bertanggungjawab. So, apa yang patut kita buat?? Jom letak komen banyak² dekat post kali ini..


“tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”

No comments:

Post a Comment