Wednesday, October 13, 2010

kepada MAHASISWA dan MAHASISWI..




Siswa dan Siswi!!!



Salam satu Malaysia kepada semua pembaca nota ini... bapak skema.. =)

Hai kawan-kawan,what’s up?? Kali ini I nak berkongsi pendapat iaitu mengenai mahasiswa dan mahasiswi seperti kita inilah.. idea ini tercetus ketika I pergi forum di U.I.A Pahang,penceramah pada hari itu seorang bekas ketua pelajar U.I.A Gombak. Memang best orangnya. Ok,straight to the point..



I pun bersetuju dengan pendapat penceramah tadi, I paling benci bila buka facebook kat you all punya status berbunyi,



‘Aduh,boringnyer hari ini,kita xtau la nak buat apa.’



Atau



‘Bosan! Bosan! Bosan!’



Atau



‘mana bf I nie,bosan sangat kalau dia xde.. ^.^.. twing..twing’



Dan seumpama denganya..



HELLO!!!! Apa semua ni?? Kita ni siswa harapan negara!! Mungkin tidak wujud perkataan ‘BOSAN’.. come on lah guys.. jika PTPTN,MARA,JPA atau pihak tajaan yang lain membaca status kita, mesti dorunk menyesal menaja siswa yang tidak berwawasan tadi.. kita ini siswa,harapan negara. Masa hadapan negara bergantung pada kita. Kita akan menjadi seorang pemimpin pada satu hari nanti,pemimpin yang akan menerajui barisan hadapan dunia. Tak kan pula negara nak mengharapkan budak jalanan,mat rempit,pengangur untuk memimpin negara? Memang hancur negara,setiap hari kena bala. Kita mestilah meletakkan target bahawa keluar sahaja kita dari institut pengajian tinggi, kita boleh mengubah negara menjadi lebih baik. Orang di luar sana menunggu kita untuk menggantikan tempat mereka.



Mari kita petik ucapan Soekarno iaitu bekas Perdana Menteri Indonesia,



‘Jangan berikan aku 100 orang tua kerana mereka tidak mampu membuat apa-apa,

Tapi berikan aku 10 orang muda kerana mereka mampu mengoncangkan dunia’


Betul kata beliau, yelah jika bagi orang tua nak buat apa. Mereka bukan ada apa-apa pun. Gaut,sakit paru-paru,lemah jantung, lelah, mereka adalah. Tapi bagaimana pula dengan orang muda? Kita inilah yang mampu mengoncang dunia. Kita mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi. Kita mempunyai banyak masa lagi untuk melaksanakan agenda untuk memperbaiki negara. Kalau orang tua? Baru nak rangka strategi,silap hari bulan dah malaikat maut jemput untuk check-in kubur.



Jika kita melihat peranan siswa di negara eropah misalnya, siswa mereka antara orang penting negara.. jika negara mereka mempunyai masalah, kerajaan akan bergabung dengan para siswa untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti krisis kewangan, masalah sosial, kes undang-undang dan sebangainya.. tapi di Malaysia? Kerajaan nak panggil siswa pun kena fikir 10 kali.. mana tidaknya, siswa kita buka facebook, bagi tahu satu dunia ‘I boring la hari ini ^.^ twing..twing..’ rasa nak penyepak jer golongan macam ni. Siswa sepatutnya menghabiskan masa dengan assigment, report, ulang-kaji, cari ilmu dunia dan akhirat, mengkaji bahan bacaan, melibatkan diri dengan organisasi, bersukan, mengajar kawan, dan macam-macam lagi… macam mana boleh kata boring?? Come on ok…



Semasa kita di IPTA/IPTS inilah kita perlu membentuk siapa diri kita pada masa akan datang.. fikir lama lagi ker? Paling kuat 5 tahun sahaja lagi duduk IPT lepas tu sudah kena jebakkan diri dalam organisasi negara.. di IPT sekarang inilah kita kena membiasakan diri tampil di hadapan orang.. kita kena banyak kan berfikir di dalam semua perkara.



Orang di luar sana menunggu kita.. tanamkan azam kita akan padatkan jadual harian kita supaya tidak merasa boring. Bukan sedikit duit untuk belajar, boring yang di katanya!!! Memang nak kena cekik betul!!



Sekali lagi I ulang,I bukan budak sastera, ayat memang tidak sedap.. tulis article ni pun untuk mengisi masa lapang.. at least ada benda untuk di kongsi…



Yang baik datang dari Allah,

Yang tidak baik datang dari diri saya sendiri.

Nur Arif

^.^..

Bagi pendapat sekali yerk!!




sampai ke tua pun kita mesti belajar tau!




>siapa yang ingin tahu benda baharu,tekan kuat² guna tetikus kat nuffnag< =)

No comments:

Post a Comment