Friday, November 26, 2010

Al-quran dan terjemahan..

I teringat message yang tetiba ex-girlfriend i sent dekat i, message tu cakap :-

Andai Al-quran bisa bicara,
ia akan berkata,

waktu kau masih kanak-kanak,
kau bagai teman sejati ku,
dengan wudhu kau sentuh aku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau bacaku dengan lirih dan keras,
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi dengan ku,
apakah aku bacaan yang usang?
yang hanya tinggal sejarah?
sekarang kau simpan aku dengan rapi,
kau biarkan aku sendiri,
aku menjadi kusam dalam almari,
berlapis debu,
dimakan kutu,
ku mohon peganglah aku lagi,
bacalah aku setiap hari,
kerana ku akan menjadi penerang didalam kubur gelap mu,
akan menjadi sahabat tidur lena mu...

so,for the this time i nak ajak anda dan otak anda bersama-sama kita kaji message yang ex-girlfriend i sent kat i ni..


“waktu kau masih kanak-kanak,
kau bagai teman sejati ku,
dengan wudhu kau sentuh aku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,”


ni masa kita kecil dulu, masa belum sunat, masa belum akil baligh, masa masuk tandas pun kena ibu temankan, masa doraemon dan dragon ball jadi cerita pilihan number satu, memang betul, masa kita kecil amboi kemain lagi yer, pegang Al-quran ketat-ketat. Bawa Al-quran mesti junjung atas kepala, jaga darjat Al-quran tu. Ambil wudhu sampai basah satu badan, nak pastikan bersih dari hadas, baru pegang Al-quran. Lihatlah kenangan lampau mu ketika di awal bercinta dengan Al-quran. Betul-betul take care tak mahu careless..



“kau bacaku dengan lirih dan keras,”

Kalau mengaji time kanak-kanak dulu memang nak try mengaji macam akedemik Al-quran. Nak berlagu berdayu-dayu tapi hakikatnya kita mengaji macam badi dari kumpulan amuk tu. Rock n roll. Suara keras jer. Tapi tidak mengapa. Orang yang baca Al-quran mendapat satu pahala manakala,orang yang membaca Al-quran dan tergagap-gagap mendapat dua kali pahala. Satu pahala dia membaca Al-quran satu lagi pahala kerana dia berusaha menbaca Al-quran walaupun dia tergagap-gagap.


'sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi dengan ku,
apakah aku bacaan yang usang?
yang hanya tinggal sejarah? "



sekarang kita telah dewasa, sudah pandai mengutarakan soalan tanpa sengan silu dan I pernah di Tanya oleh seseorang ‘ada apa dalam Al-quran?’. Waktu tu I just tersenyum melihat dia. Walhal tengah menahan marah, tapi apabila memikirkan balik mungkin dia serius menanya. Ada apa dalam Al-quran?. Di dalam Al-quran menceritakan perkara yang telah berlaku, perkara yang sedang berlaku dan perkara yang akan berlaku. peraturan, kisah-kisah, pendoman, ilmu sains dan bermacam-macam lagi. Nak tahu lagi? Pergi bertapa depan tv tengok rancangan tanyalah ustaz, pukul 12, tv 9..


"sekarang kau simpan aku dengan rapi,
kau biarkan aku sendiri,
aku menjadi kusam dalam almari,
berlapis debu,
dimakan kutu, "


Bukan tak pakai Al-quran,pakai. Tapi apabila sudah kena kacau dengan hantu,baru lah cari Al-quran. Kalau tak biarkan jelah dalam almari tu. Sudah setiap malam kena himpit dengan hantu time tidur, sudah puas cari bomoh tapi tak berkesan, haa barulah mengunakan jalan terakhir iaitu berbalik kepada Al-quran.
Selagi tak ada musibah, tak adalah terdetik nak capai Al-quran dalam almari tu.
tak berani kata lebih sebab dekat rumah I pun sama. Selamat lah adk-adik I still in mengaji, so lepas maghrib adik-adik ada pakai Al-quran tu. Kalau tidak?.


ku mohon peganglah aku lagi,
bacalah aku setiap hari,
kerana ku akan menjadi penerang didalam kubur gelap mu,
akan menjadi sahabat tidur lena mu...


sepatutnya Al-quran ini tak perlu mohon untuk pegang dia sebab memang sudah menjadi kewajipan kita untuk pegang dia selagi kita masih hidup di dunia ini. Manusia ini memang sifatnya peluapa, maka bacalah Al-quran kerana Al-quran mengingatkan kita kembali. Dan Al-quran ini menjadi pelita kita di dalam kubur. Dan menjadi teman kita di dalam hotel tujuh kaki di bawah tanah.,.

Alhamdulliah I ada sebuah Al-quran kecil ni, I suka dengan Al-quran ini sebab kecil, mudah dibawa dan ada terjemahan. Ada masa I cuba baca walaupun tergagap-gagap then baca terjemahan dia. Barulah kita faham apa yang tercatat dalam Al-quran tu. Memang best, sumpah tak tipu. Cerita di dalam Al-quran memang menarik.

Kalau I balik ke k.l dari kuantan, masa lalu highway karak yang terkenal dengan jalan macam @&%^0, kiri kanan penuh gaung, lepas tu dapat pulak rezeki naik bus sanny 2 tingkat, tambah lagi dengan pakej driver formula one,memang kecut perut dibuatnya. Rasa nyawa di hujung-hujung tanduk je. Sebagai persediaan, mana lah tahu kalau malaikat maut datang jemput I ajak check-in kubur, takut juga I so, I memang standby Al-quran. Nampak driver bawa bus gila sikit, I terus baca Al-quran. Orang kata kalau nak mati biar mati dalam iman.

I beli Al-quran ni dengan sahabat I yang belajar di UIA Pahang. Siapa yang berminat, boleh la hubungi i. harga RM38 sahaja. Harga cincai adik beradik campur ,zakat dan cukai, ambil lah RM50.
Al-quran buat apa nak berkira. Untuk diri kita juga kan. Siapa berminat contact I di facebook.cari la badge I di blog ini. RM 38. Don’t worry, I tak ambil untung lah!! =)



kecil je Al-Quran ni.. boleh masuk dalam kocek


siap ada zip lagi tu.. fuhhyuuu.. batak²..


in-page..


lepas baca arab,boleh baca melayu pula..
nak lagi sedap nanti i carikan bahasa korea sekali ye..
gurl kan suka korea~~


see, how good is that.. =)

5 comments: