Thursday, November 18, 2010

selamat Hari Raya Aidiladha






bila sampai di batin tu, ramai yang selalu kata, rasanya aku tak ada salah batin kot. bila cakap tentang batin,mula la ramai yang "yellow minded" ingatkan batin yang tenaga batin tu. ni cek nak habaq mai, bukanya tenaga batin. batin ni perkara dalam diri kita yang kita tak nampak. mana lah tau u all ada kutuk-kutuk i dalam hati ke kan, so penawar bagi kutukan tu ialah maaf batin la..

malam semalam tengah syok main PS2 dengan adik sampai larut malam, ibu bising suruh tidur awal, mana tidaknya setiap tahun i lah umat muhammad yang pagi raya tak tahu nak bangun awal untuk pergi solat sunat raya. nak buat macam mana kalau i ini memang sudah spesis KLUANGMAN. tak tahu nak tidur malam. tapi tadi early morning i sudah bangun ayah kejut kan. ayah speak in malay, dia kata lepas solat sunat raya, salin baju then pergi tolong orang sembelih lembu di surau.. what the tuttt!!!! time sekolah dulu buat eksperimen sembelih ayam pun i nak separuh pitam dalam makmal, ni pulak nak sembelih lembu?. ayah suruh mengaul dengan masyarakat, yelah sikit lagi nak kahwin da, mesti pakai masyarakat punya. nak tak nak, cakap pasal kahwin, i paksa kan diri juga join surau. memang hebat la i potong daging tadi, terkangkang dan tergolek-golek i nak potong daging tadi, nak pula masalah ditambah dengan pisau yang tumpul. pisau ibu i potong sayur i curi buat potong daging. bau badan memang sebijik macam bau lembu dan kambing, penuh badan berlumuran darah. lupa nak tangkap gambar, kalau tak boleh hantar dekat harian metro, boleh masuk muka depan, 'remaja tetak diri sendiri kerana duit MARA tak masuk lagi!!'.

apa-apa pun i memang tak puas hati, i cadang tahun ini nak beraya di negeri pantai timur, orang kata raya aidil adha di pantai timur lebih meriah berbanding di negeri-negeri lain. nak pula macam i beraya di Kuala Lumpur. memang tak ada feel langsung, pagi sembelih lembu dan petang nya pergi kerja partime. dimanakah penghayatan kita?. arif-arif,apa nak jadi dengan kau ni, mata duitan betul. kalau di kawasan perumahan sekitar kolej i di Kuantan,Pahang lembu yang nak disembelih 15 ekor tapi kat rumah i di K.L 2 ekor jer! perbezaan yang ketara. lepas tu lembu yang 2 ekor tu nak menagis i tengok, lembu-lembu tu jadi mangsa budak-budak baling batu. macam lembu tu buat salah berkhalwat pula, kena rejam sampai mati. lembu lembu.
memang dasar budak bandar, bila nampak lembu semua kerumun sehari suntuk nak tengok lembu. termasuklah adik-adik i.

antara sejarah yang opah i cerita kat i semalam ialah sejarah aidil adha, kita tahu sambut je tapi tak tahu mengapa kita sambut. bermula dengan Nabi Ibrahim a.s dimana Allah nak menguji keimanan beliau dengan menyuruh baginda menyembelih anak beliau iaitu Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim ni memang orang kuat iman nya, so apa ada hal, segala perintah Allah dilaksana walaupun pedih di hati. time nak sembelih anak itu, anak itu Allah gantikan dengan kibash.. nak cerita lebih-lebih pun bukanya i ustaz. tak pandai bercerita. just bagi tahu sipnosis cerita sahaja.

Selamat menyabut Hari Raya Aidil Adha.. =)



p/s> tahun depan plise somebody invite me beraya di pantai timur.. kempunan!!!!

>siapa yang ingin tahu benda baharu,tekan kuat² guna tetikus kat nuffnag kat atas tu<

2 comments:

  1. t akn datang p la beraya kt pntai timur... nk sgt an.. hihi

    ReplyDelete
  2. tiada tempat berteduh dan tiada orang timur yang jemput datang sana pun...huhuhuhhuhu

    ReplyDelete