Monday, November 15, 2010

cinta itu positif atau negatif???




Cinta ini perkara buruk atau baik?. Cinta ini sinonim dengan couple ke?. Jangan di salah tafsir wahai sahabat. Cinta ini banyak maksudnya. Jangan kita terlalu cetek didalam mentafsir erti cinta. Cinta kepada Tuhan, ibu-bapa, keluarga, harta benda, haiwan bla..bla..bla.. dan bla.. tapi apa yang i nak membebel di sini adalah cinta yang sinonim dengan remaja sekarang. bila berkata tentang cinta,apa yang budak 12tahun akan kata?. Alaaa,cinta tu couple la, ada pakwe dan makwe la abang arif oiii, lepas tu jalan sama-sama, gesel-gesel, gaduh-gaduh sikit, kis-kis sikit, kongsi cerita, kongsi duit poket and etc...jawapan yang sama akan diberikan oleh bayi berumur 18 tahun!!.. ok,salah ke kita bercinta dan bercouple? memang lumrah manusia mahukan kasih sayang. nak pula kaum hawa,pantang dibelai sikit, mula la cair. kita memang tidak boleh lari dari lumrah manusia yang mahu dicintai. nak pula dizaman moden, kasih sayang dari parent jatuh merundum,so, couple la menjadi tempat menagih kasih sayang.

couple membawa perkara positif atau negatif?. Oleh kerana i sedang hangat bercinta, so i nak cerita tentang positif bercouple je. yang negatif u all taip la sendiri. bukan apa,kalau bercerita tentang negatif site, takut cinta i pudar gara-gara terpengaruh dengan artikel sendiri.bercinta sahaja lah dengan anak dara/teruna orang tapi kita ambil perkara yang positif, jangan asyik tahu ambil kesempatan je.

Couple mengajar kita memerhati tingkah-laku manusia.

kalau sudah nama girlfriend tu, sibuk nak tahu semua hal-ehwal harian si boyfriend. sampai boyfriend masuk jamban 3kali sehari pun dia tahu. kita mesti memerhatikan tingkah-laku pasangan kita dan cuba memahaminya. dia selalu mandi berapa lama, cara makan dia, cara dia berkata-kata, apa perangai buruk dia, apa perangai baik dia, semua kita perhatikan dan cuba memahami.

couple mengajar kita sikap ikhlas dan ringan tulang.
pantang tengok girlfriend bawa barang berat sikit, mula la berdesuupp pergi tolong. habis semua barang-barang girlfriend dibawanya. Yang paling radikal, boyfiend terlampau ringan tulang sampai handbag girlfriend pun dia jinjing ke hulu hilir time kat shopping complex.

couple smart, study smart
kalau ada girlfriend satu kelas, mulalah nafsu membuak-buak rajin nak study bersama- sama tahap mengila. kalau sehari tak dapat study bersama, mengigil satu badan, ketagihkan ilmu.. KONON..
jadikan girlfriend sebagai catalyst untuk belajar. macam my cousin memang bijak sokmo, dia couple dengan genius kelas dia. so,secara samar-samar dia pun turut bergiat aktif mentelaah buku-buku untuk mencapai pointer yang tinggi. yelah,makwe top ten kolej, lau dia top ten disiplin,how?. nak tak nak, kena lah ubah perangai. lepas abis diploma, dia terus putus dengan girlfriend dia, nampak sangat dia couple just untuk study je kan? how good is him?.

couple mengajar kita berkongsi cerita
setiap hari ada jer benda yang kita tidak puas hati dengan orang lain, terutama apabila kena ngorat dengan driver bus, mula r rasa nak maki hamun tapi tak apa, tahan,bersabar, cover ayu, teruskan je cat-walk ke kerusi paling belakang. dapat je kerusi terus taip mesej menyatakan ketidak puas hati dingorat oleh driver bus yang lagak seperti remaja yang baru lepas spm tetapi hakikatnya umur wajib pergi haji untuk ready menghadapi mati.. taip mesej tu apa lagi, 10page terus sekali hantar, semua dia mengadu, boyfriend tengah drive nyaris-nyaris tak langgar lori indah water gara-gara baca mesej girlfirend yang mengelebeh.. kalau diringkas kan "driver ngorat i!!!" fullstop.
couple berperanan untuk kita berkongsi cerita..
couple menjadi cikgu kaunseling peribadi
pantang ada masalah keluarga, terus telefon girlfriend ajak keluar,nak cerita masalah keluarga. ini mengunakan konsep 'family u, family i juga'. habis semua masalah keluarga diceritakan dari A-Z, alif - ya..yang kita pun apa lagi, brainstrom la memikirkan nasihat-nasihat bernas untuk orang yang tercinta ni. last last,jadi cakap tak serupa bikin, suruh girlfriend banyakkan solat dan berdoa padahal diri sendiri pun da lama tak solat, solat pun time solat jenazah je bila ada ahli keluarga terdekat meninggal. tu pun just follow tok imam, selesai je solat dapat duit sedekah.. Alhamdullilahhhhhh....

couple mengajar kita merancang keluarga dan masa hadapan!!

Masa depan memang cerah lah kalau bercouple ni,nak pula dari golongan budak sekolah rendah. Nanti sudah kahwin nak kerja apa, beli rumah dekat mana, rumah apa, anak nak berapa, berapa laki berapa anak perempuan berapa, nama anak-anak, balik raya nanti nak balik kampung abang atau kampung ayang, haaa semua mereka da rancang daaa…




cukup la ni beberapa point yang ku keluarkan. walhal banyak lagi point-point yang berguna tapi takut nak keluarkan, kang kalau u all seronok dan faham dengan post i ni, semua nak bercouple termasuk nenek umur 78tahun yang gigi sebatang pun da tak ada.. susah pula Najib nak handle masalah sosial couple di kalangan veteren.. k la, mahu out,nak date dengan miley cyrus sat.. my couple dunia akhirat.. ececehhh~~ thank for supported

couple itu tidak salah, yang salah apabila kita merosakkanya dengan pelbagai perkara yang tidak boleh. bukan sahaja tidak boleh dari sudut adat tapi dari sudut agama lebih-lebih lagi.



>siapa yang ingin tahu benda baharu,tekan kuat² guna tetikus kat nuffnag kat atas tu< =)

No comments:

Post a Comment