Wednesday, March 16, 2011

jangan tuduh aku pak sanggup!!!



i betul-betul tak tahu ape punya jenis dugaan yang i dapat kali ini.. kalau setakat, berselisih faham dengan cikgu, kena tinggal awek, facebook tak boleh buka, tayar motor pancit, tak ada duit syiling nak beli chokky, semua i sudah biasa dengan dugaan macam ini.. tapi kali ini dugaan nya lain macam sikit.. betul-betul mencabar kesabaran i..

malam tadi selepas i main game city ville di facebook, around 4 a.m i tidur.. ye, memang tidur lewat sikit sebab tommorow kelas pukul 10 pagi.. lewat sikit daripada biasa.. time nak tidur tu tetiba ada kucing 'mengiauw' di bawah katil i.. bila i skodeng dibawah katil, tak ada pula kucing yang kelihatan.. gila kau, pukul 4pagi, member-member semua sudah tidur, lampu semua sudah dipadam.. dengar bunyi kucing tapi kucing tak ada.. mana la tahu kot kot ada mambang kucing.. cuak juga i.. tapi, dengan keberanian yang ada, i cuba tidur dengan macho nyer. buat dek jer dengan bunyi kucing tu.. yelah, tak ada keja nak selongkar bawah katil pagi-pagi buta ni untuk cari kucing..tak ado kojo den..

hari berlalu seperti biasa, pergi kelas muka macam cekodok sejuk, balik kelas muka macam cekodok basi. itulah i.. tengah sedap sedap layan news paper tajuk jepun kena tsunami tu, tetiba pula bunyi kucing yang menyeramkan datang dari bawah katil i.. ok, for this time, i berani mati nak pergi tengok bunyi aper sebenarnyer di bawah katil i.. i akan try selongkar sehabis baik untuk cuba menyelesaikan misteri yang melanda diri i sejak semalam... bawah katil i penuh dengan kotak-kotak yang i gunakan untuk menyimpan barang.. pinggan mangkuk, cawan, barang-marang masak, dumbell, kasut, semua ada bawah katil ni.. biasa lah der, duduk hostel, mana ada kabinet dapur, rak kaut.. so, bawah katil lah tempat mustajab untuk simpan barang-barang.. sumbat selagi boleh di sumbat..

i cuba meneroka bawah katil i, tiba-tiba..... (musik suspen please)

i terbuka satu kotak ini yang mengandungi buku-buku nota dan rujukan i untuk semesta lepas punya, i sajer simpan untuk buat rujukan sem-sem yang akan datang..

tiba-tiba... (sudah dua kali 'tiba-tiba', memang hantu betul cerita ni)

YA Allah.... malaun mana yang pandai buat tak pandai tanggung ni... kau buang bini kau kat sini menderita, terseksa, dan sikit lagi bini kau ni bakal kene sepak dengan aku!!!


seekor ibu kucing bersama 4 ekor anaknya.. di manakah bapa nya?? dasar binatang..


adohai, selamber keturunan kau jer bersalin bawah katil aku.. (tapi kira ok sikit la kan bawah katil, cuba kau bersalin atas katil aku, lagi la aku bertambah angin. )

beranak beralaskan buku-buku ku... suka sangat ku lihat detik indah ni.. rase nak tawaf satu kolej.. meraikan detik penuh bermakna ini

i ni da lah dalam hati ada taman, kalau nak sentuh anak kucing baru lahir ni, rase diri di awang-awangan..nak pengsan !! dulu hamster i bersalin, berperang besar i dengan ibu i.. masing-masing berdolak-dalih nak keluarkan anak hamster tu untuk di bersihkan badanya.. geli weh!!

beranak bawah katil tu, satu hal.. satu hal lagi yang ibu kucing ni buat gila, dia bersalinkan anak-anak dia bertilamkan buku-buku nota yang i simpan didalam kotak tersebut.. perghh!!! fail,note, semua ada dalam tu... penuh dengan air ketumban and darah kucing tu... YA Allah.. aper punya jenis dugaan ni.... kenapa di bawah katil aku? kenapa tidak dibawah katil student lain? dibawah katil para pensyarah? dibawah katil student perempuan? biar kecoh satu kolej anak kucing bersalin!! kenapa di bawah katil ku?? owhhhh my God..


detik beramah mesra dengan permata hati baru kami

memang lumrah hidup di dunia kita akan mengelakkan, tergelak dan kena gelak... yes, i love this part where i kena gelak dengan si polans-polans sebab kucing beranak dibawah katil i.. siap i dinobatkan sebagai bakal bapa mithali pada tahun ini... tak pasal-pasal dapat anak. hitam,putih,coklet,kelabu.. cunnnn~~~


termenung melihat nasib ku....

i ni tak lah zalim sangat, walaupun rambut sudah jadi mohawk, tapi hati roti paw tau.. lembut jer hati i ni... i bagi kucing ni makan nasi lauk sambal ikan bilis campur sardin sikit.. lepas tu siap di sedia kan biskut cap ping pong lagi tuuu.. tapi memang dasar kurang asam punya kucing, sikit pun dia tak pandang makanan yang i bagi tu... salah i juga, i terlupa perkara ni.. kucing ni baru lepas bersalin, masih dalam tempoh berpantang.. so, makanan untuk ibu berpantang ialah nasi panas dengan lada hitam je kan? lepas tu ada la sikit campur rempah ratus tu.. ok, sok aku bagi kau makan makanan orang brpantang ni okey, kalau kau tak makan, siap la kau.. go out from my room!! hahaha

kalau time study, makan friskies.. sedap jugak kan? mana la tau rasanyer macam biskut marrie


yelah, i pun ada terfikir nak letak kucing-kucing ni di tempat lain.. tempat yang lebih sesuai.. ini letak bawah katil, tak sesuai langsung.. silap hari bulan esok makcik sapu sampah mengamuk sebab taik kucing bersepah.. and HEP ( hal ehwal pelajar) datang kompaun i sebab i dituduh bela haiwan peliharaan.. sudah terang lagi bersuluh di dalam buku undang-undang kolej dimana pelajar tidak boleh membawa haiwan peliharaan... what should i do?

i try letak kucing tu di tempat lain tapi memang seperti apa yang diduga.. kucing itu jinjing sekor-persekor anak dia masuk bawah katil i balik.. perhhh!! sabor jew la~~~ (nada mak limah balik rumah)

si member i ni pula tetiba buat cerita sedih, dia cakap dengan i ' sanggup ke kau buang kucing ni arif? kau cuba tengok mata kucing tu.. sedih jer.. (time-time la pulak kucing buat muka sekupang..) yelah, aku akui, xsanggup aku buang kucing ni.. dia da r dalam tempoh berpantang lagi kan? so biar jelah dulu... TAPI!!!

i bagi u 1minggu jer lepak dalam bilik i.. lepas satu minggu dari sekarang, kalau u tak check out from my room, siap la kau... rumah kotak kau akan berada di atas pokok sebelah pondok pak guard..


kalai siap buat rumah untuk kucing-kucing itu... terima kasih!!
daripada kotak buku, menjadi rumah banglo... inilah dia jurutera yang kita cari! fuhhh

sebelum i tulis blog ni, i duduk perhatikan kucing ini.. bertapa Hebatnya ciptaan Allah..
kucing ini walaupun tak pergi sekolah, tak masuk kelas kemahiran hidup dan ekonomi rumah tangga, tapi dia tetap boleh berfikir... dia sayangkan anak-anak dia.. dia jaga anak-anak dia sebaik mungkin.. walaupun kucing ini tak masuk kelab kebudaayan, tak masuk ASWARA, tapi dia tetap pandai berlakon.. pandai buat muka sedih apabila i nak halau dia..


walaupaun kucing ini tak belajar biologi, sains kesihatan dan kejururawatan, tapi tetap mampu membidankan diri sendiri tanpa bantuan pihak lain..

anak-anak kucing tu mesti pandai gila bila sudah besar nanti.. mana tidak nya, lahir beralaskan buku-buku i... perkara pertamaa yang anak-anak kucing tu lihat di dunia ini ialah BUKU yang tertera nama muhd nur arif.. arif?? hahaha.. abis arif l anak-anak kucing tuuu...

kucing..




kasih seekor ibu

itulah dia haiwan yang unik..

haiwan yang paling Nabi kita sayang..

haiwan yang comel...

haiwan yang manja...


p/s: orang kata, siapa yang jaga kucing, rezeki dia di murahkan? betu ker??
abis tu, kalau jaga kucing yang dalam pantang, lagi best kan?? mesti dapat durian runtuh setiap hari.. hahaha!!!

6 comments:

  1. hahaha.... nakal je ayt2 awk, awk nk tau x, org yg pelihara kucing ni biasanya org tu sifat dye penyanyang tau,. so pelihara lah dye,.. best sket, t awk b'tmbah penyayang.. :)

    ReplyDelete
  2. pnjg gile.. haha.. takecare lah kucing2 tu.. comel plak 2..

    ReplyDelete
  3. panjang?? mesti ko xbaca sampai abis kan!! kejam!! haha

    ReplyDelete
  4. hahahah .. nak beguling aku bace citer kao ..

    ReplyDelete
  5. berguling?? hahaha....ko ni... =)...
    ko tau, si kalai r bapak sebenar... gera jer aku... bilik aku jadi mangsa.. aishhh

    ReplyDelete