Tuesday, August 23, 2011

mencari malam LAILATULQADAR

terasa kan kehangatan ramadhan makin hilang dan kehangatan syawal tidak lama lagi akan berbahang.. iyer, kita memang bersemangat nak menyambut syawal. tapi disamping itu kita jangan la lupa bahawa ramadhan kita belum habis lagi.. biarlah kita meninggalkan ramadhan seperti mana kita menyambut ramadhan dahulu..

bulan ramadhan ini satu bulan yang amat istimewa daripada bulan-bulan yang lain ini kerana didalam bulan ramdhan ada satu malam di mana satu malam ini adalah lebih baik daripada seribu bulan..

apa yang aku tahu malam lailatul qadar ini adalah malam yang amat istemewa. sebab aku pernah dengar cerita masa kecik-kecik dulu ada seorang apek ni kan, dia baru balik dari kerja masa larut malam, tetiba dia ternampak semua pokok sedang bersujud, lepas tu apa lagi, apek tu pun demam la 1 minggu. kejadian ni berlaku masa akhir-akhir bulan ramadhan. apek tu di ceritakan tentang malam lailatul qadar, Alhamdulillah syukur selepas peristiwa tu, apek tersebut memeluk Islam. mungkin time tu apek tu da dapat hidayah daripada Allah..

entri kali ni nak cerita sikit tentang malam lailatul qadar.. aku pun copy paste je dari website-website.. nak cerita betul-betul, xpandai pula.. yelah, aku ni pun cetek ilmu agama juga.. tak apalah, kita baca sama-sama yer...

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


DOA khusus untuk malam lailatulqadar


Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut” yang maksudnya:
Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”



TANDA-TANDA malam lailatuqadar

[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim)


Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah:

  • Lailatul Qadar adalah Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
  • Pada malam Lailatul Qadar Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
  • Pada malam Lailatul Qadar juga Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
  • Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
  • Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa.


Pada malam Lailatul Qadar ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.


senang jer kita nak 'cuba' mendapatkan malam lailatulqadar.. selalu bersahur kul 5.. lepas ni kita kunci jam atau pesan dekat mak supaya kejutkan kita awal sikit dalam pukul 4.30. bangun jer dari tidur terus ambil wuduk dan solat sunat.. banyakkan berdoa dan yakin dengan hati bahawa Allah akan berikan malam tersebut kepada kita. InsyaAllah..


malam tersebut merupakan malam yang amat tenang, maka harus diingatkan bahawa pada malam ni ramai juga yang terlanjur tidur dan melupakan malam lailatuqadar.

No comments:

Post a Comment