Tuesday, August 23, 2011

tetibe termotivasi disamping kapcai

ALHAMDULILLAH... sampai juga ke rumah setelah 4jam di atas highway...

ceritanyer begini. cuti raya kali ni aku balik ke p.j dengan menaiki moto kapcai wave 125.
perjalanan bermula di kuantan pahang dimana tempat aku belajar. ingatkan seronok sangat balik naik moto, rupanya amatlah membosankan. kalau pakai minyak petronas, moto leh gerak 110km/j jer. kalau pakai minyak shell, ha boleh la naik sikit meter tu 120km/j..

macam-macam skill bawa motor telah diaplikasikan semasa atas motor tu. gaya superman, katak puru, mendada, menongek, termenung, gaya kupu-kupu, gaya bebas, semua ada.. boring wehh..
masa naik karak la ok sikit boleh main 'lap-lap' sikit. tu pun xberani sangat sebab saya i bukanya mat rempit. haha.. kang tersalah lap, mau melatah aku kat tengah-tengah highway tu..

tu la, tengah sedap termenung kat atas highway, terlintas la kejap batapa indahnya kalau aku balik k.l dengan menggunakan superbike yamaha R1.. baru la berdesup perginya. nak termenung pun xsempat. salah termenung, mampos aku masuk gaung..

so, lepas raya ni aku kena la buat masa tambahan untuk study. selalu aku study 15minit. sete;ah di motivasikan, aku nak tingkatkan masa study kepada 20minit. ok la tu kan tambah 5 minit daripada masa asal. aku berangan nak pakai superbike je pun. bukanyer jet pejuang. kalau nak pakai jet pejuang, baru la kena study macam orang giler.. ahaha...

sampai je k.l.. YA ALLAH.. rasa nak pecah tulang pungkuk' aku. nyesal tak tukar tempat duduk sofa 10 inchi..

di rumah aper lagi, lompat atas katil terus terbungkang, terkangkang, terlentang la aku sampai berbuka puasa... hihih..

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA STUDENT!!!(eh, kenapa student jer?)

No comments:

Post a Comment